Zana Spa Muslimah
Pakar Terapi Wanita
Zana Spa Muslimah, adalah spa 100% khusus utk wanita dalam memberi rawatan dan terapi bagi memenuhi keperluan luaran dan dalaman Wanita. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami adalah pakar dalam urutan tradisional melayu Melaka, Pakar rawatan wajah dan Pakar terapi wanita.
RAWATAN SPA
Terapi Wanita
Urutan Tradisional
Rawatan selama 60 min - RM90
Urutan Tradisional Melayu Melaka di Zana Spa Muslimah akan adalah mengunakan kaedah urutan teraputik di mana ianya melibatkan urutan seluruh badan yang melibatkan titik penting urat dan sendi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Ini akan melancarkan darah dan melegakan sendi dan otot. Pelanggan akan merasai kesegaran dan kelegaan pada setiap inci tubuh dan diri anda serta ketenagan minda dan jiwa.
Pre/Post Natal
Rawatan 1 jam - RM110
Selepas bersalin, para ibu akan melalui proses pemulihan tubuh badan. Ia merangkumi rawatan-rawatan terperinci seperti urutan badan, sauna herba, sengkak, bertangas dan memakai bengkung. Aset wanita adalah rahim dan kestabilan horman. Dengan Kaedah bertangkas, sengkak dan bengkung, sentiasa memastikan peranakan wanita dalam keadaan baik. . Dengan Sauna berempah, toksin dapat di singkirkan dan memastikan kesegaran kulit serta peredaran darah yang baik.
Urutan Mahkota
Rawatan selama 40 min - RM70
Luangkan masa untuk diri anda dengan Urutan Aura Muslimah yang sangat baik untuk memulihkan tubuh, jiwa dan minda setelah sibuk dengan jadual harian. Urutan Aura menekankan 3 bahagian penting iaitu bahagian pinggang ke hujung kaki, bahagian perut ke bahu dan bahagian tengkuk sehingga kepala.
Rawatan Wajah
Rawatan 1 jam - bermula RM75
Rawatan Wajah di Zana Spa Muslimah di beri nama Facial Seri Wajah. Dengan teknik urutan pada setiap otot wajah akan menaikan kembali bentuk muka. Muka akan di stim dan liang pori wajah akan di bersihkan sepenuhnya dengan teknik vakum dan manual bagi memastikan kerbersihan sepenuhnya. Diselangkan dengan rawatan kolagen, VitaminC bagi mengembalikan seri wajah. Kemudian wajah akan dimasker mengunakan bahan semulajadi supaya pori dan laing roma pada wajah akan tertutup rapat dan memastikan keanjalan dan kegebuan kulit wajah.
Slimming
Rawatan selama 1 jam = RM90
Di Zana SPA Muslimah kami menawarkan set rawatan pelangsingan dengan harga yang sangat berpatutan. Rasai SAUNA HERBA bagi menyingkirkan toksin badan. Kemudian balutan WRAPPING BODY dan HOT BLANKET untuk pembakaran lemak tepu. Kemudian, nikmati URUTAN SCRUB dan URUTAN PEMECAH LEMAK untuk kesan pelangsingan yang optimum dan mengembalikan semula bentuk badan yang ideal.
Permaisuri Jelita
Rawatan selama 2 jam = RM190
Keayuan dan kejelitaan semasa menikah dan bersanding sangat diimpikan setiap wanita. Zana SPA Muslimah menawarkan Pakej Pengantin yang dilengkapi dengan Urutan Skrub badan. Wajah akan diurut dan dirawat pada setiap otot wajah bagi menaikkan kembali bentuk muka dan membersihkan muka sepenuhnya. Mandian susu sangat penting untuk memutihkan dan menganjalkan kulit sekaligus memberikan kesegaran pada tubuh badan.
PAKEJ ZANA SPA MUSLIMAH
Testimoni
Apa kata pelanggan kami
Reward diri bermanjaan like princess gitu dengan sauna dan urut skrub kopi. Badan yang penat dan lelah rasa ringan sikit bila dah urut ni. Urut boleh jugak pecahkan lemak tepu yang bersarang dalam badan. Azam menjelang tahun 2020 nak slim dan mencapai berat 55 kg.
Mass Rahman
Highly recomended... Relaxing time for body massage and facial...
Hairon Napiah
Harga berpatutan ! Feel rasa nak serah diri tetiap minggu je kat sini.
Mastura Mohamad Sah
Rasa sangat selesa selepas diurut. Saya memilih urutan skrub kopi. Bau kopi yg membuatkan kite terlena dan terlupa sebentar kesibukan dunia. Layanan dari staff yg mesra dan mahir. Harga yg ditawarkan juga berpatutan. Will come again.
Rozehan Mansor
Sejak selesai berspa kat Zana SPA Muslimah ni badan rasa segar je. Urat-urat yg tegang dan urat yang masuk angin dah tak ada. Biasanya dulu hiking mesti betis rasa tegang je. Sekarang dah tak lagi.
Rusnita Ismail
Pakej Slimming terbaik dan sgt ekonomi, berat badan saya semakin terkawal dan saya akan terus kekal rawatan di Zana Spa Muslimah bagi mencapai berat badan yg ideal.
Rose ismail
“ Servis terhebat dan layanan terbaik”
Nur Atiqa
Mencuba urutan kaki di Zana Spa Muslimah, sudah terasa kenikmatan terapi dan rawatan yang di tawarkan. memang sedap dan berbaloi.
Eqin Mawi
Opening Hours
Mon - Sun: 9am-7pm